Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Monday, May 5, 2014

IKAN KERING GELAMA HOMEMADE

Assalamualaikum
Menjelang 5 petang hari isnin, melegakan otak yang ketat dengan tugasan...caranya, update blog hewhewhew

Ihsan kelatefood.blogspot.com

Ikan masin atau kat Kelantan kami panggil ikan kering adalah antara lauk sampingan yang menambah selera, lauk musim banjir, aksesori pelengkap time makan gulai atau time tak tau nak makan lauk apa dah. Antara kelompok ikan kering  yang popular di kelantan ialah ikan kekek, ikan keronge (cencaru), ikan tamban, ikan gelama, ikan pari dan ikan lecek (selar). Masa kecik aku tinggal di Kampung Dalam Rhu, Tumpat. Kawasan pantai so banyak la stok ikan. Ma aku rajin buat ikan kering sendiri tambah2 kalau dapat ikan gelama yang besar-besar. Kalau kita beli kt pasar, ikan tu biasanya dh dijemur lama sangat sampai isi dia keras. kalau buat sendiri insyaallah, boleh adjust tahap kekeringan ikan itu.

Untuk pengetahuan, ikan gelama adalah antara ikan yang selamat dimakan time berpantang. Hoho inilah main juadah aku masa dlm pantang, sedap ooo bila bakar... Aku memang buat sendiri ikan kering ni dh dekat2 time bersalin. Ok, apa kata kita tengok mcamana nk buat ikan masin gelama, boleh adjust tahap kemasinan dan tahap kelembutan isinya ewah...
Ready untuk dijemur
BAHAN-BAHAN

1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
garam
cuka makan

CARA-CARA
Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang selgala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang.
Cuci bersih-bersih. 

Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. susun cantik-cantik then masukkan air sehingga ikan tenggelam. tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.

Esoknya, bilas ikan, masa ini kita adjust rasanya. jika ikan terlebih masin..rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih2 dan toskan. Sebelum susun atas talam, basahkan/percikkan  setiap bahagian ikan dengan cuka,  bau cuka akan menjauhkan lalat daripada ikan.Dah tu silalah jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari/2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.

*nota: aku biasanya jemur 1 hari, kul 10.00pg-4.30 petang. Ikan dh kering, bungkus dan  letak dlm freezer. 

Tips:
1. aku jemur kt atas bumbung rumah, makin tinggi tempat, makin sukar untuk lalat hinggap hehehe
2. Sentiasa pantau sebab kebiasaannya tebuan suka curik isi ikan, nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
3. Ikan ini bukan kering sepenuhnya, seeloknya simpan dlm freezer untuk elak daripada busuk/hapak. 

Thursday, April 17, 2014

ASAM PEDAS IKAN PATIN vs SAMBAL PAUH

Assalamualaikum,
Hari Jumaat yang indah, di meja ofis pada waktu petang, break lunch hour yang panjang..mata tak mengantuk so kuketuk keyboard utk share resepi yang kumasak untuk ma tersayang masa balik kampung tempoh hari.

Asam pedas kalau di Kelantan tipikalnya macam masak pindang. So kebetulan masa balik ari tu, adik lelakiku rajin lak gi memancing, dptlah seekor ikan patin..patin liar kooo..mahal tuh. Tanya ma nak makan apa, since dia duk particular sgt dengan diet (darah tinggi dah ok, kolestrol plk tinggi), aku elakkan masakan bersantan or berlemak, pilihannya asam pedas la.

Belek blog2, tersangkut plk pada resepi   Cik Mat Gebu yang nampak sangat memikat sukma hehehe. Aku olah resepi ni ikut  kesesuaian, availability bahan dan tekak. Meh tgk resepi nak?

BAHAN-BAHAN ASAM PEDAS:
1 ekor ikan patin saiz sedang (+-600g)
2 kuntum bunga kantan
200ml jus asam jawa
seikat daun kesum

10 biji cili kering (aku pakai yang thailand punya, gemuk2 tp x pedas, blend halus)
Bendi
Tomato
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
3 biji buah keras
1.2 inci belacan, dibakar

CARA-CARA:
Dalam periuk, tuang minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering yang diblend tadi, masak sampai pecah minyak dan cili betul2 masak. Pas tu tuang jus asam jawa, campak bunga kantan, daun kesum.

Biarkan menggelegak sebelum masukkan ikan, jangan kacau beria sangat takut nanti ikan tinggal tulang, baeek punya kacau ye, slow-slow. Bila ikan dh masak (dlm 4 minit) mcm tu, blh la masukkan garam, gula. Adjust rasa masin, manis, masam, sedap sume then campakkan bendi dan tomato. Kacau 1 minit dan tutup api...ok asam pedas ready....
*ma aku siap hirup2 kuah, ratah2 sume, sedap sangat katanya danresepi ni dia dh suruh aku tulis siap2 kt buku utk dia masak bulan puasa nanti hahaha..ma..ma....i miss u

Alamak, lupa lak. Kat sebelah asam pedas tu..yang kaler pucat2 tu..(sorrylah, camera cap ayam, amek lak time mlm mmg inilah hasilnya heheh)..yang tu kita panggil SAMBAL PAUH. Sambal ni fofuler kt kelantan tertama bila pelam telur dh berbuah. Kena amik yang muda, kalau blh yang biji dia blm keras supaya sambal kita kering. Ok sape nk cuba meh amik resepi simple but nice...

BAHAN-BAHAN SAMBAL PAUH:

10 ekor ikan masin (blh guna apa2 ikan, aku recommend ikan tamban-bakar dan amik isi)
1 biji pelam telur (yg belum keras biji dia, yg keras pun xpe asal bukan dekat nk masak)
8 biji cili padi (ikut suka)

CARA-CARA:
Tumbuk isi ikan masin dengan cili padi hingga lumat, masukkan mangga yang dicincang, tumbuk sikit-sikit untuk bagi mesra then taddaaa.... siap.

Nota: Garam tak perlu letak sebab ikan dh masin kannnn. lagi satu ikan blh ganti dengan ikan segar yang direbus atau bakar, pun sedap jgk. Tp yang ni letak garam okeh. 

Selamat mencuba...