Thursday, May 15, 2014

ETAK- AUTHENTIC KELANTAN DISH

Assalamualaikum..
Godak gambar lama, last-last jumpa gambar ni

budak ni makan semua benda, tgh meratah etak
 Etak merupakan sejenis kerang air tawar yang boleh ditemui di kawasan berpasir kt dasar sungai. Di Kelantan, etak merupakan snek yang dinikmati mcm tu aje, boleh juga dijadikan lauk yang dimakan bersama-sama nasi.

Masakan etak boleh dipelbagaikan. Yang paling popular, etak salai. Etak salai ialah etak yang diperap dengan garam+bawang putih+serai+sedikit budu.pas tu dimasak dalam kuali dengan api kecil hingga separuh masak. Etak salai mkita makan separuh masak, gigit tu keluar airnya..fuh..sangat sedap dimakan bersama nasik kerabu tp kena gigih la nak bukak kulitnya heheh.

Etak juga boleh dibuat masak lemak. Kalo aku, masak lemak etak kena pakai etak yang bersaiz besar, baru puas makan. Ok, kalo gambar di atas tu, etak tu au masak tumis sos je. Nak tengok resepi?

ETAK MASAK TUMIS SOS

BAHAN-BAHAN

500g etak- pastikan rendam duu supaya etak luahkan semua pasir
4 ulas bawang putih -diketuk
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar budu
1 sudu besar sos tiram
bawang besar-optional
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan sos cili, budu dan sos tiram. Kacau rata, masukkan etak yang ditoskan. Air dari etak akan keluar, so ia akan jadi berkuah. Masukkan garam dan perasa, bawang besar-masak hingga etak mula terbuka.
Bila dah start terbuka, kacau perlahan-lahan sebab nanti isi etak tertanggal dari kulit pulak. pastikan etak terbuka sebanyak mungkin, jika ada yang tak terbuka abaikan, nanti boleh kopek time nk makan. Dah siap daaa...silalah nikmati. kat jepun pun diaorg makan etak tau hehee

Wednesday, May 7, 2014

CONGO BARS

Assalamualaikum
Mengadap PC sekejap sementara tunggu geng nak gi kafe, beli sarapan dan semestinya neslo ais mendahului senarai hehehe...

Hai, pagi yang indah hari ini, matahari memancar menerangi bumi Allah. Hari ini aku nak berkongsi resepi congo bars. Ia sejenis brownies tau. Dah banyak kali buat dan aku setia menggunakan resepi daripada  Kak Rima nun jauh di Singapura. I adore her baking/cooking/decorating skills. Minta izin kak rima untuk share your fantabulous recipe ye..tq
Kebelakangan ini agak kerap jugak buat sebab bila post dalam FB, ramai kawan2 yang menempah, nak merasa. Aku takdelah amik order tapi bila kawan2 request tu, buat je la sebab kesian kawan2 kan.
So, apa kata kita lihat resepi congo bars. Jom-jom...

BAHAN-BAHAN:

150g mentega
300g gula perang -aku kurangkan 250g
3 biji telur
2 3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
100g coklat chip

HIASAN -optional
Coklat Chip
kekacang- badam (slice or nib) , kuaci, kuaci labu untuk hiasan

CARA-CARA
Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Ketepikan
Panaskan oven 170'C
Dalam mangkuk, putar mentega dengan gula perang hingga sebati, bila tengok mentega dah bercampur dengan gula tu consider done. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
Masukkan tepung, putar dengan speed rendah hingga sebati. Masukkan coklat chip.
Alas loyang dengan kertas minyak, sapukan dengan sedikit mentega. Pas tu tuangkan adunan ratakan dengan spatula. Tabur coklat chip dan kekacang untuk hiasan. Bakar selama 20 minit atau cucuk dengan lidi, bila lidi keluar bersih maksudnya brownies kita dah masak. Jangan overbaked ye. Sejukkan dan ready untuk dipotong.

Selamat mencuba.

 * boleh variasikan dengan masukkan kekacang tu dalam adunan. Kita yang buat dia...sukahati kita la nak buat macamana kan hehehe...

PAJERI NENAS MAKTOK ESAH

Assalamualaikum..
Dah petang dah..menunggu masa untuk balik ke rumah.

Hari minggu lepas, aku ada buat kenduri kecil-kecilan, jemput family n jiran terdekat untuk sambut birthday kakak. Maktok pun datang sama, dia bawak plk nenas sebijik.
Hajat hati malam tu nak makan colek je dgn En.F, tapi dh kupas2 tu masam la pulak. Trus potong, simpan dlm peti ais, buat pajerilah.
Setelah 2 hari duk terperap, semalam berlakulah kejadian pajeri nenas. Resepi ni aku belajar daripada Maktok Esah, orang Tepeng. Belah2 utara masak kari mmg takleh celen, aku org belah pantai timur bab2 kari ni tak pandai sangat. So jom kita tengok. Mungkin resepi ni biasa je tapi untuk mereka yang baru nak berjinak2 dengan periuk belanga, mohler tengok ye. Simple je

BAHAN-BAHAN:

1 biji nenas- kupas, buang mata, potong 2 atau 4..ikut suka
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
rempah tumis-kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 paket serbuk kari daging- aku pakai adabi
5 sudu besar kerisik
3 cawan santan
 Garam
Gula
*dimayang

CARA-CARA:
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis..bagi bau..masukkan bahan yang dimayang. Tumis hingga kekuningan. Masukkan serbuk kari yang telah dijadikan pes, tumis hingga pecah minyak. Pastikan kari betul-betul garing.
Masukkan nenas, santan dan kerisik. bila menggelegak dan perasakan. kalau guna nenas yang manis, kurangkan kadar gula. Masak hingga nenas lembut dan kuah agak pekat oleh faktor kerisik. Dah sesuai rasa, bolehlah angkat dan hidangkan..yummeh

Pajeri sejenis masakan yang manis. Pastikan kadar gula dan garam adalah seimbang. Sedap dimakan dengan ikan temenung goreng.sedapnya...

Monday, May 5, 2014

IKAN KERING GELAMA HOMEMADE

Assalamualaikum
Menjelang 5 petang hari isnin, melegakan otak yang ketat dengan tugasan...caranya, update blog hewhewhew

Ihsan kelatefood.blogspot.com

Ikan masin atau kat Kelantan kami panggil ikan kering adalah antara lauk sampingan yang menambah selera, lauk musim banjir, aksesori pelengkap time makan gulai atau time tak tau nak makan lauk apa dah. Antara kelompok ikan kering  yang popular di kelantan ialah ikan kekek, ikan keronge (cencaru), ikan tamban, ikan gelama, ikan pari dan ikan lecek (selar). Masa kecik aku tinggal di Kampung Dalam Rhu, Tumpat. Kawasan pantai so banyak la stok ikan. Ma aku rajin buat ikan kering sendiri tambah2 kalau dapat ikan gelama yang besar-besar. Kalau kita beli kt pasar, ikan tu biasanya dh dijemur lama sangat sampai isi dia keras. kalau buat sendiri insyaallah, boleh adjust tahap kekeringan ikan itu.

Untuk pengetahuan, ikan gelama adalah antara ikan yang selamat dimakan time berpantang. Hoho inilah main juadah aku masa dlm pantang, sedap ooo bila bakar... Aku memang buat sendiri ikan kering ni dh dekat2 time bersalin. Ok, apa kata kita tengok mcamana nk buat ikan masin gelama, boleh adjust tahap kemasinan dan tahap kelembutan isinya ewah...
Ready untuk dijemur
BAHAN-BAHAN

1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
garam
cuka makan

CARA-CARA
Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang selgala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang.
Cuci bersih-bersih. 

Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. susun cantik-cantik then masukkan air sehingga ikan tenggelam. tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.

Esoknya, bilas ikan, masa ini kita adjust rasanya. jika ikan terlebih masin..rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih2 dan toskan. Sebelum susun atas talam, basahkan/percikkan  setiap bahagian ikan dengan cuka,  bau cuka akan menjauhkan lalat daripada ikan.Dah tu silalah jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari/2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.

*nota: aku biasanya jemur 1 hari, kul 10.00pg-4.30 petang. Ikan dh kering, bungkus dan  letak dlm freezer. 

Tips:
1. aku jemur kt atas bumbung rumah, makin tinggi tempat, makin sukar untuk lalat hinggap hehehe
2. Sentiasa pantau sebab kebiasaannya tebuan suka curik isi ikan, nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
3. Ikan ini bukan kering sepenuhnya, seeloknya simpan dlm freezer untuk elak daripada busuk/hapak. 

Sunday, April 27, 2014

CIK MEK MOLEK

Assalamuaalaikum,
Bersiaran waktu petang...baru je habis siapkan 1 paper untuk bos..rehatkan otak dengan tilik resepi boleh? hehehe


Jom kita mengembara lagi ke negeri klate. Hari ni aku nak share resepi cik mek molek. Nama cik mek ni sangat glemer, seglemer orangnya yang molek-molek hehehe. Kuih ni untuk pengetahuan, antara sajian sarapan pagi yg akan ada di kelantan. kalau pegi kedai-kdai kopi, mesti dapat kuih ni.
Kuih ni aku belajar daripada mak mertua, dh banyak kali buat tapi tak dapat versi dia punyalah..yelah org tua dh puluh tahun asyik gentel yg ni je. Apapun,  joms kita tengok resepi yang aku derhaka sikit2 daripada original resepi ibu mertuaku hehehe...

BAHAN-BAHAN
500g ubi keledek (aku pakai yang isi putih, keras sikit)
150g tepung gandum (agak-agak dah jadi doh)
1 sudu besar marjerin
secubit garam
gula 
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
Ubi keledek dikupas, potong kecik (saiz tapai ubi kayu) dan rebus sampai betul-betul empuk. Nak kukus pun boleh. Apabila dah empuk, toskan air dan ketika panas, masukkan ke dalam bekas, lecek ubi bersama marjerin dan garam dengan belakang senduk kayu hingga hancur dan halus. biarkan suam. Masukkan tepung gandum, agak-agak sampai boleh uli. Pas tu ambil sedikit doh, tekan-tekan bagi leper, masukkan 1 sudu teh gula dan tutupkan dia rapat-rapat. Uli dan bentukkan jadi bentuk lonjong seperti di atas. Jangan buat bentuk donut plk, tu dah jadi coq keria. Kena pastikan takde lubang-lubang yang boleh membuatkan air gula mengalir keluar sewaktu proses menggoreng. Apabila dh siap, bolehlah digoreng dalam minyak panas, api sederhana kecil hingga masak. toskan minyak dan tunggu sejuk baru boleh makan, jgn terus ngap, nanti lava gula kt dlmnya boleh mendatangkan kecederaan....selamat mencuba..daaaa

Thursday, April 24, 2014

PENGAT TAPAI UBI KAYU

Assalamualaikum...
Bersiaran jam 9.00 pagi, perut mcm nk sesuatu... harus nak mintak neslo ais ler tuh (minuman ruji di waktu pagi hehehe )

Hari ni aku nak share dengan korang pengat, ni masuk dalam kategori  dessert..pencuci perot hehehe...Kalau di Kelantan, tapai ubi kayu kami tak makan direct macam tu..macam tak kena je...tapai ubi kayu mesti dimasak atau diolah dalam bentuk lain sebelum dimakan. Sebagai contoh kami akan buat tapai goreng, pengat tapai, cendol tapai dan lain-lain yang orang lain pandai buat tapi aku tak pernah makan hahaha. 
Oklah tak yah cakap banyak, jom check tgk mcamana nak masak pengat tapai yang best ni...feveret kawe nih. Biasanya makanan authentic kelantan ni dimakan ketika bulan puasa. Memandangkan bulan puasa dh lepas so oleh je makan time minum petang, or buat desert kalo ada mkn2 kt umah. Penggemar tapai ubi mesti suka punya, biasalah lari dari kelainan, asyik makan tapai ubi mentah/letak dlm cendol/goreng, meh try buat yang ni. Anda pun boleh jadikan ia feveret anda juga hehehe (cam iklan pulak)
BAHAN-BAHAN
1 bungkus tapai (dlm 4-5 ketul)
1 cawan santan/ 1 kotak santan segera (aku pakai jenama  M&S)
3 sudu makan gula (ikut manis) - rasa dulu santan, sebab tapai dh manis. Ikut tekak masing-masing
secubit garam
daun pandan
5 kuntum bunga cengkih

CARA-CARA
Masak santan,daun pandan dan bunga cengkih dengan api sederhana hingga mengelegak. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak. Masukkan tapai, kacau perlahan-lahan takut tapai hancur. Letak garam. perasakan, jika tak cukup manis, boleh tambah gula.
Sejukkan dalam peti ais sebelum makan..mmg marbeles.

Selamat mencuba!

Wednesday, April 23, 2014

TAT NENAS NYONYA

Assalamualaikum..
11.27am di meja ofis pagi pagi yg dingin dengan titisan hujan di luar

Dah nak waktu tengahari, kejap je kan. Rasanya baru je pagi tadi bangun, siapkan bubur anak paling kecik, siapkan sarapan, kuar rumah tup2 dh separuh hari ke ofis.
Oklah, semalam En. F takde, kuar gi main badminton, aktiviti mingguan dengan kaum adam di tamanku. Abag aisy dh tido awal, adik tido jugak tapi dlm kul 11 bangun balik. kakak duk minum milo. Dalam duk bersahaja tengok tv rasa bosan plk, nak tido blom mengantuk.
So mulalah aku bukak gobok cari bahan nk wat projek.

Dah lama simpan resepi kak Fauziah Samad (www.dapurkakjee.com) yang 1 ni. Aku dah la penggemar tat nenas. Biasanya  aku buat tat nenas yang gebu yang gulung tu, malam ni rasa rajin pulak nk bulat-bulatkan. Akhirnya, projek berjalan dan alhamdulillah, elok hasilnya. Terima kasih KakJee atas resepi yang sangat sedap dan gebu ni. Saya minta izin share ya. Untuk resepi asal, boleh refer kat SINI. Jomss tengok resepi:

BAHAN-BAHAN:


200g mentega (saya pakai emborg, salted)
300g tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula aising
2 biji kuning telur 
jem nenas secukupnya (saya pakai yang readymade, bulatkan saiz ikut suka)
cawan kertas
1 kuning telur untuk glis
bunga cengkih

CARA-CARA:

Dalam bekas, ayakkan tepung gandum bersama tepung jagung dan gula aising. Masukkan mentega sejuk yang dipotong kiub dan gaul dengan hujung jari hingga rata dan bertekstur macam breadcrumb tu. Masukkan kuning telur dan uli hingga rata. Rehatkan doh dalam peti ais selama 20 minit.

Ambil sedikit doh, nipiskan dengan jari, letak 1 jem nenas yang dibulatkan tadi dan tutup adunan. Bulatkan dan letak dalam cawan kertas. Buat sampai habis. Sapu glis kuning telur dan cucuk bunga cengkih sebagai tangkai.

Susun dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 18minit pada suhu 160"C. Bergantung kepada oven masing-masing ye. Bila masak, sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas tertutup atau boleh terus ngap!

*satu adunan menghasilkan lebih kurang 60 biji biskut bersaiz fishball.

Thursday, April 17, 2014

ASAM PEDAS IKAN PATIN vs SAMBAL PAUH

Assalamualaikum,
Hari Jumaat yang indah, di meja ofis pada waktu petang, break lunch hour yang panjang..mata tak mengantuk so kuketuk keyboard utk share resepi yang kumasak untuk ma tersayang masa balik kampung tempoh hari.

Asam pedas kalau di Kelantan tipikalnya macam masak pindang. So kebetulan masa balik ari tu, adik lelakiku rajin lak gi memancing, dptlah seekor ikan patin..patin liar kooo..mahal tuh. Tanya ma nak makan apa, since dia duk particular sgt dengan diet (darah tinggi dah ok, kolestrol plk tinggi), aku elakkan masakan bersantan or berlemak, pilihannya asam pedas la.

Belek blog2, tersangkut plk pada resepi   Cik Mat Gebu yang nampak sangat memikat sukma hehehe. Aku olah resepi ni ikut  kesesuaian, availability bahan dan tekak. Meh tgk resepi nak?

BAHAN-BAHAN ASAM PEDAS:
1 ekor ikan patin saiz sedang (+-600g)
2 kuntum bunga kantan
200ml jus asam jawa
seikat daun kesum

10 biji cili kering (aku pakai yang thailand punya, gemuk2 tp x pedas, blend halus)
Bendi
Tomato
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
3 biji buah keras
1.2 inci belacan, dibakar

CARA-CARA:
Dalam periuk, tuang minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering yang diblend tadi, masak sampai pecah minyak dan cili betul2 masak. Pas tu tuang jus asam jawa, campak bunga kantan, daun kesum.

Biarkan menggelegak sebelum masukkan ikan, jangan kacau beria sangat takut nanti ikan tinggal tulang, baeek punya kacau ye, slow-slow. Bila ikan dh masak (dlm 4 minit) mcm tu, blh la masukkan garam, gula. Adjust rasa masin, manis, masam, sedap sume then campakkan bendi dan tomato. Kacau 1 minit dan tutup api...ok asam pedas ready....
*ma aku siap hirup2 kuah, ratah2 sume, sedap sangat katanya danresepi ni dia dh suruh aku tulis siap2 kt buku utk dia masak bulan puasa nanti hahaha..ma..ma....i miss u

Alamak, lupa lak. Kat sebelah asam pedas tu..yang kaler pucat2 tu..(sorrylah, camera cap ayam, amek lak time mlm mmg inilah hasilnya heheh)..yang tu kita panggil SAMBAL PAUH. Sambal ni fofuler kt kelantan tertama bila pelam telur dh berbuah. Kena amik yang muda, kalau blh yang biji dia blm keras supaya sambal kita kering. Ok sape nk cuba meh amik resepi simple but nice...

BAHAN-BAHAN SAMBAL PAUH:

10 ekor ikan masin (blh guna apa2 ikan, aku recommend ikan tamban-bakar dan amik isi)
1 biji pelam telur (yg belum keras biji dia, yg keras pun xpe asal bukan dekat nk masak)
8 biji cili padi (ikut suka)

CARA-CARA:
Tumbuk isi ikan masin dengan cili padi hingga lumat, masukkan mangga yang dicincang, tumbuk sikit-sikit untuk bagi mesra then taddaaa.... siap.

Nota: Garam tak perlu letak sebab ikan dh masin kannnn. lagi satu ikan blh ganti dengan ikan segar yang direbus atau bakar, pun sedap jgk. Tp yang ni letak garam okeh. 

Selamat mencuba...